Friday, November 20, 2009

BANGUNKAN MUSLIM

orang orang sekarang
tak kesah pasal maruah
tak kesah sape pegang
bagi main atas bawah
tak pernah pikir TUHAN
asyik jadi macam setan
bagi pegang tangan pegang pegang lengan
bila dah terlanjur buang baby dalam jamban
mulut asyik mencarut cakap benda karut karut
otak penuh serabuth idup jadi kelam kabut
lupa pada agama jadi anak derhaka
allah bertambah murka hidup jadi huru hara
tak pikir dalam kepala syurga atau neraka
yang baik masuk syurga neraka balasan dosa
jom pakat ramai ramai kita BANGUNKAN MUSLIM
tak payah tunggu tak payah unggu musim
cepat rebut peluang sebelum nyawa terbang
takut tak sempat taubat dekat sana kena sebat
muka macam cipan perangai macam setan
perempuan ikut jantan tapi tinggalkan AL-QURAN
yang perempuan jual body yang lelaki main judi
tak pernah NABI ajar buat benda benda cam ni
keluar malam malam memang trend budak muda
keluar 8 malam balik pagi pagi buta
macam mana nak mahu kalau kita asyik leka
tak pernah sunnguh sungguh tapi nak banyak harta
selalu pikir pasal dunia tak pikir pasal sana
dah banyak buat dosa allah tetap sayang kita
bangunlah umat NABI sedarlah dari mimpi
takkan nak terus tidur kena pikir pasal kubur
apa ada pada nama apa ada pada harta
tak payah tunjuk power kita sume bukan terer
jangan nak kejar pangkat jangan nak bajet hebat
tau tak atas sana ada kuasa lagi kuat
banyak benda terbalik tanda akhir zaman
laki duduk dalam bilik isteri cari makan
datuk kuar masuk bilik tukar tukar perempuan
duit tebal dalam poket tak bersyukur kat TUHAN
jangan angkuh sangat atas dunia fana ini
takde sape tau kalau jap gi nak mati
ramai sungguh suami dayus takut pada isteri
tak pernah ambik tau walau isteri balik pagi
bila nak sedar diri ? sampai bila nak macam ni ?
tak takut ke kalau esok pagi kita mati ?
jangan asyik berangan kalau tak pernah solat
bawak moto laju laju tak takut kena lipat
ingat kisah nabi kita ya MUHAMMAD
tetap ingat pada kita walau dah nak wafat
sedarlah saudaraku tutup kau punya aurat
pakai baju sendat sendat pakai seluar ketat ketat
apa kau dapat ? cuma dosa betingkat
nak dapat pahaa ? simpang malaikat 44
aku sayang pada kamu , i love u
woa ai ni , ana uhibbuki
sekarang senang dengar ayat ayat macam tu
tapi betul ke ikhlas dari hati yang suci ?
takda apa yang halal sebelum nikah
say no to dadah say no to rasuah
baik kau bentang sejadah buat banyak ibadah
barulah mantap kau punya akidah
bukan nak perli perli bukan nak bangga diri
kita semua ni insani mesti kurang itu ini
harap terbuka hati tambah sivik dalam diri
hanya SATU yang abadi hanyalah ILLAHI




lagu ni aku sendiri yang tulis . . haha . .
aku buat lagu ni untuk gtau ape yang aku rase pasal dunia ni . .
kalo de yang nak nyanyikan . . silakanlah. .
tapi jangan disalah gunakan ye . . hehe . .

No comments:

Post a Comment